Pengikut

Powered By Blogger

Sabtu, 28 Januari 2017

Backpackers

Assalamualaikum.


Secara rasminya aku telah pun grad dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka pada bulan September 2015 dalam Bachelor of Mechatronic Engineering.


Apa itu Mechatronic?

Mechatronic adalah gabungan jurusan Mekanikal, Elektrik dan Elektronik. Maka anda akan belajar ke semua jurusan ini selama empat tahun!


Susah ke senang jurusan Mechatronic?

Yang tu tepuk dada tanya diri sendiri. Hanya diri sendiri sahaja tahu akan kemampuan diri. Dari nama jurusan pun dah tahu macam mana dan apa yang anda bakal hadap bila melangkah kaki ke jurusan ini.


Ada ke orang perempuan ambil jurusan ini?

Haaa....akak ni bukan perempuan ke dik non?hahha...Of course la ada tapi sikit la, kelas aku dulu keseluruhan ada dalam 100++ perempuan ada dalam 12 orang ja.


Isi blog ini ada kena mengena dengan tajuk di atas ke?

Hahahah....ini aku nak bagi ada kena mengena la ni. Macam ni, time belajar dulu tahun tiga aku hampir give up dengan degree ini atas sebab-sebab tertentu (kalau aku cerita confirm panjang berjela, so cut) tapi ayah aku cakap," nana teruskan! dah hampir penamat perjuangan nana selama ini," Then aku pun teruskan la habiskan belajar tapi dengan satu syarat, aku cakap kat ayah yang habis ja belajar nanti aku nak travel!

So, ayah aku setuju dengan syarat aku. Jadinya, habis saja grad aku pun terbang seperti tiada sayap dan jadilah aku seorang backpackers. 


XOXO ^_^

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...