Pengikut

Jumaat, 27 Januari 2017

Andalusia Travel & Tour - Umrah 2017

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, di beri kesempatan sekali lagi untuk menaip di atas papan kekunci ini dengan tenang dan damai. ^_^

Dan alhamdulillah sekali lagi kerana aku telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah swt sekali lagi pada tahun ini. Syukur alhamdulillah. 

Owh ya, entry sebelum ini kan aku ada cakap yang aku pening nak cari agent (sampai naik jerawat bagai tu..over okey!) sebab ni la. sebenarnya bukan umrah 2017, tapi masa umrah 2016. Time ni aku first time nak pergi umrah dengan parents aku so aku haruslah mencari agent yang terbaik dari semua segi termasuklah jarak hotel, makan, harga dan kewibawaan mereka menjaga kebajikan kami.

Pilih punya pilih, tapis punya tapis, belek punya belek maka terpilih la ANDALUSIA TRAVEL & TOUR sebagai agent kami semasa umrah 2016. 



Kenapa pilih Andalusia?

Pertama, sebab harga yang ditawarkan berbaloi untuk kami 3 orang (means sebilik 3orang). Harga yang dikenakan per person adalah RM6190. 


Apa yang dapat dengan harga RM6190?

Dengan harga ini kami dapat:

1.Flight direct ke Madinah dengan SAUDI AIRLINES (semua orang tahu saudi airlines mempunyai ruang seat yang selesa, makan dalam flight yang super terbaik, ada ruang untuk solat dalam flight!(ini yang penting) dan layanan yang manis sampai diabetis dari pramugari dan pramugara)

2. Hotel yang disediakan kepada kami di Madinah dan Mekah sangat selesa dan mempunyai jarak yang dekat around 200m+ (kalau nak dekat pintu masjid sila cari pakej lain ya)

3. Makan yang disedikan superb! empat kali makan! haaaa...apa lagi mau? Chef yang masak pun bagus, sebab apa aku cakap bagus? sebab semua makanan sedap la oiii...hahahaha...Alhamdulillah!

4. Transport/bas yang disediakan untuk kami pun bagus tau, bas elok ja sepanjang aku berada disana. Selesa dah semestinya (tak ada lak aku jumpa lipas or tikut dalam tu.hihi)

5. Layanan mesti la macam VVIP. haaaa....Kenapa aku cakap macam tu sebab mutawif ini akan guide korang masa buat umrah sebanyak 3 kami, means sesiapa yang takut or tak pernah buat umrah, boleh folo ustaz ni buat umrah means buat sama-sama la time tawaf, sai' semua. So tak payah risau dah. Dorang juga ada sediakan tempat khas untuk korang mengadu hal kalau ada sebarang masalah macam sakit ke, duit hilang ke or apa-apa lah, anaything, korang ketuk ja pintu bilik tu dorang sedia membantu.


So, dengan kriteria-kriteria ini lah yang menyebabkan aku pilih sekali lagi perkhidmatan Andalusia untuk umrah 2017 ini (kali ni murah sikit sebab sebilik 5 orang). Insyaallah kalau tak ada apa-apa aral melintang, aku dan family akan berangkat ke Tanah Suci pada 6 Febuari 2017 ini.

Akhir kata, harap dapat membantu korang serba sedikit untuk yang tengah mencari pakej umrah.



(penat sampai ambil gambar pun tidur.hahahah)



XOXO ^_^


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...