Pengikut

Powered By Blogger

Rabu, 25 Januari 2017

Backpackers or Travel Agent


Assalamualaikum..


         Zaman sekarang ramai yang dah jadi atau melibatkan diri dalam dunia Backpakers termasuklah tuan tanah sendiri. Aku mula bergiat aktif dalam backpackers ni dari tahun 2013 (tak pasti 2013 or 2012).

         1st trip pergi Sarawak. Lepas tu next year pergi Sabah, sebelum berangkat ke Sabah ni beriya-iya siapkan itinerary Overland Vietnam-Cambodia-Thailand-Malaysia. Mentang-mentang dakwat printer dengan kertas free dekat opis (tengah internship), apa lagi, asal free je, aku pun sibuk le research segala mak nenek pasal trip Overland ni. Trip Sabah Sarawak before tu, okey lagi itinerary dia sebab dalam Malaysia je, so tak la kalut sangat.

          Itinerary dah siap dan binding semua, tapi letak tepi kejap sebab bagi laluan untuk itinerary Jelajah Australia dulu. (FUHHH, belum jalan dah ada projek baru!) Kebetulan tiket ke Melbourne murah, so rembat la dulu. Mengambil masa beberapa bulan siapkan itinenary Jelajah Australia akhirnya siap dan projek tu telah pun berjaya direalisasikan. Balik Malaysia tak sampai 2 minggu kaki tangan dah gatal. Maka terterbanglah dengan projek Overland Vietnam-Cambodia-Thailand-Malaysia. =P

Macam biasa kalau dah sekali terbang, maka bila balik Malaysia, mulalah tak duduk diam, gatal kaki tangan buat research negara lain pulak.(sanggup tak tidur tak keluar rumah mengadap laptop buat research.hahaa) maka terjadilah pelbagai projek jelajah...hahahaha
      
           Alhamdulillah. semua yang dirancang di dalam kertas berjaya direalisasikan jadi nyata dan segala perbelanjaan yang dikira dari Malaysia pun alhamdulillah cukup dan tak over bajet. (semua under control). Sebenarnya ramai yang tertanya-tanya mana aku dapat duit, sedangkan time betul2 aku baru lepas naik pentas untuk convocation, lepas tu aku dah terbang bagaikan tanpa sayap..hahha





          Aku bukanlah anak orang kaya, aku cuma anak pemandu teksi.(so mana cekau duit?) Meh sini nak bagitau, Sebelum buat sesuatu kena ada matlamat, so sebenarnya aku suka berjalan dari sekolah rendah. sanggup tak makan simpan duit belanja rm2 sehari (untuk sekolah pagi dan sekolah agama)
sebab nak ikut rombongan sekolah! hahaha....Style aku, bila tau cikgu nak buat rombongan, aku kumpul senyap-senyap duit lepas tu bawak semua duit yang terkumpul p bagi dekat cikgu (pernah sekali tu banyak gila duit syiling aku bagi dekat cikgu..hahah) dah bagi semua duit yang ada, tinggal baki yuran baru la aku bagitau ayah aku yang aku nak join rombongan. Nak tak nak ayah aku terpaksa lepaskan sebab aku dah bayar separuh duit rombongan tu...hahahahha

          So, sama la juga bila dah besar ni, aku menyimpan untuk travel, dah set minda yang aku nak round the world, so pepandai la usaha sendiri kumpul duit. Buat la macam mana pun janji ada duit nak simpan. Style travel aku juga bukan style anak orang kaya. Bagi aku biar sederhna, janji boleh travel! Sebab tu aku research, kira bajet,cari hotel bajet (dorm), makan megi,roti janji boleh flyyyy. Dan backpacker sebenarnya sangat besttttttttt, kena dengan jiwa aku, tak payah susah nak follow agen punya jadual. Kau arrange jadual kau sendiri bila travel.

         Tapi yang jadi masalahnya sekarang ni, bila aku kena pilih travel agen yang sesuai untuk Projek Terbaru (untuk projek ni, memang kena guna travel agen) aku jadi stress wey.hahaha...Stress sebab criteria yang aku nak tak semua ada dekat satu travel agent. Terkeluar juga la sebiji dua jerawat sebab stress...hahahaha

         So, nampak tak bagi diri dan jiwa aku more kepada backpackers bukan travel agent. Bagi korang, aku tak tau la kan...Depends la korang suka orang urus dari A-Z or korang yang urus sendiri. Atas pilihan masing dan duit masing-masing. 

         By the way, aku buat la juga business untuk korang yang nak travel secara backpacker tapi tak pandai siapkan itinerary, aku boleh buatkan untuk korang (tapi berbayar la kan, buat itinerary bukan semudah makan kacang) So, kepada yang tergolong seperti di atas boleh rojer-rojer aku anytime.


Chow! =)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...